Saturday 18 May 2013

Kunjungan TG Haji Hadi Awang Melawat Ustaz Azizan......


Sejak 7 Mei, air mata ini blh dibendung, tp hari ini, 18 Mei..tika kunjungan TG Haji Hadi Awang...antara ungkapannya pd Ustaz Azizan.. "enta 5 thn (sbg MB) InsyaAllah Allah terima, Umar Abdul Aziz dua thn sj...dia mati diracun"..."nyawa lbh penting dr kaki"..."semua shbt dr seluruh negara kirim salam pd enta"...tika itu, Ustaz Azizan cuba mengangkat tgn utk berdoa..TG Haji Hadi sblm meninggalkan Ustaz..berpatah balpik...memeluk erat sambil memberikan ciuman...bingkas bangun..pipi TG Haji Hadi dibasahi air mata..merah...saya, Sdr. Muhammad Sanusi Md Nor dan yg lainnya tidak dpt mengawal lg rasa hiba...air mata kami gagal ditahan lagi...esakan tangisan memenuhi ruang bilik Ustaz Azizan dirawat...

Catatan pilu Helmi Khalid (mantan Setiausaha Akhbar Ustaz Azizan)

Friday 17 May 2013

Kepimpinan Ulamak


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang insan gigih, berjuang sekian lama dan kini memimpin sebuah jemaah Islam terbesar di Malaysia... Merupakan Senior dalam memperjuangkan syiar Islam diperingkat Antarabangsa.. Beliau seharusnya dicintai oleh kita semua.. We Love Tok Guru Haji Hadi & Love Dewan Ulamak PAS Pusat

Monday 13 May 2013

Kita Dihormati Kerana Adil, Bukan Kerana Ditakuti | 13 Mei 2013



Rakaman video YAB. Datuk Ahmad Yakob,Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat dari YB. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS di pejabat beliau.

13 Mei Hari Persaudaraan


Dua perkara yang saya sangat suka keluar daripada mulut Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Temerloh ialah bila dia nak ajak calon BN yang tewas Dato' Saifudin bersama memajukan Temerloh dan Hari Persaudaran.
"Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan. "Hari ini generasi kita mesti menolak sepenuhnya seruan, tulisan, provokasi, himpunan dan tindakan yang berbau perkauman," katan Ustaz Nasruddin.

Saya rasa Hari Persaudara adalah idea baik dan perlu diraikan. PAS haru memlukannya. Saya rasa Himpunan Kelab Penyokong PAS boleh membantu perkara ini.

PAS harus cergas dan bergerak selari dengan isu. Bila UMNO memainkan api perkaum, PAS harus memandamnya dengan slogan 'persaudaraan dan persahabatan'



sumber


Wednesday 8 May 2013

Himpunan di Rusila







"Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Belum apa-apa kita dah ditipu BN




Cukai GST – Goods and Services Tax – cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah.


Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. Setahu kita semua ia ditangguhkan dan tarikh untuk meneruskannya belum diumumkan tetapi dalam senyap, selepas BN menang pilihanraya ia terpampang dalam resit Tesco di atas. BN menang dengan rekod buruk pun, BN dah mula menipu rakyat.
Tahniah kepada pengundi UMno BN!!

Monday 6 May 2013

Kisah Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula
hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

Fakta Keputusan PRU 13



Fakta keputusan :
Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275(-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan Parlimen (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta
PRU13. BN 5.3 Juta, PR 5.6 Juta

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta(76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%)

Kita berjaya kerana kita telah berusaha dan bekerja keras. Allah memberi pahala di atas apa yg kita buat, bukan keputusan yg kita dapat.