Monday 29 April 2013

SURAT KEPADA SEMUA PENGUNDI AWAL PRU-13


Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera;

Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian,
Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013.

Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila.

Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua.

Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini.

Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini.

Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

“PAKATAN HARAPAN RAKYAT”

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Abdul Hadi bin Awang
Presiden PAS

Projek IC



Friday 26 April 2013

Manifesto Pakatan Rakyat lebih "Menguntungkan Keluarga Saya"

 
Dari kaca mata seorang Perancang Kewangan, saya dapati bahawa Manifesto Pakatan Rakyat lebih "Menguntungkan Keluarga Saya" dari segi :-
1-Penurunan Harga Minyak daripada RM1.90 kepada RM1.50 (Jimat sebanyak 21%). Sebulan kami membelanjakan sekurang-kurangnya RM 1,000.00 untuk petrol Ron95 bagi sebuah Persona, sebuah Hilux & sebuah motosikal untuk berulang alik Kajang-Somban/Kajang-PJ/Kajang-Melaka/Kajang/Perak. Ini bermakna kami akan jimat RM210.00 setiap bulan melalui minyak. 
2- Penghapusan Tol. Pada bulan Mac-13 sahaja kami telah membelanjakan RM600 untuk tol bagi perjalan di atas. Tetapi secara purata setiap bulan kami membelanjakan sebanyak RM400.00 untuk tol. Jika tol dihapuskan kami akan jimat lagi RM400.00 sebulan daripada Tol. 
3-Penghapusan Hutang PTPTN. Sebagai penerima bantuan PTPTN ketika belajar di UKM, saya membuat bayaran balik melalui potongan gaji sebanyak RM 150.00 sebulan. Jika Ketiga-tiga Penjimatan ini dijumlahkan, bermakna Keluarga Saya Mempunyai lebihan sebanyak RM 210+RM400+RM150 = RM760.00 sebulan. Jika lebihan ini kami simpan selama setahun, kami akan mempunyai simpanan tambahan sebanyak RM760 X 12 = RM9,120. Dengan jumlah bulan/tahunan sebanyak ini, macam-macam perkara berfaedah boleh kami lakukan.
Bagaimana dengan anda? Sekarang, Kirakan berapa pula yang anda boleh jimat. Ini Kalilah!!! 
Gjone: Financial Planner.

Tuesday 23 April 2013

Air percuma: Zambry bohongi rakyat Perak


IPOH: Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin menempelak kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN tentang pemberian air percuma.

Menurutnya, Zambry ternyata berbohong tentang kenyataan itu kerana pemberian air percuma itu telah wujud dalam tawaran Barisan Alternatif Perak pada pilihanraya umum 2008 lalu.

Katanya, selepas berjaya membentuk kerajaan, Pakatan Rakyat telah merealisasikan janji tersebut seawal Ogos 2008.

“Saya hairan kenapa Zambry boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas tersebut kerana janji itu telah pun dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak selama 11 bulan dahulu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini hari ini. (Gambar)

Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor dan Safarizal Saleh.

Jelas beliau, kenyataan Zambry itu jelas menggambarkan BN dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Nuri menjelaskan, Zambry harus mengemukakan fakta dan hujah sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Zambry itu yang jelas menipu dan tidak berfakta.

“Sepatutnya Zambry yang berkelulusan PhD harus menunjukkan ketokohannya dalam mengeluarkan kenyataan,” katanya dalam nada sinis.

Zambry dalam kenyataannya di akhbar Berita Harian hari ini mendakwa Pakatan Rakyat telah meniru tawaran BN dalam pemberian air percuma.

Beliau menyatakan perkara itu ketika majlis pelancaran Manifesto BN Perak di Padang Rengas, semalam.


sumber

Monday 22 April 2013

KENAPA BERLAKU PERTINDIHAN CALON PAS & PKR?

Suasana Penamaaan Calon Di P58 BAGAN SERAI



























3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR




KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. 

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM  di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. 


Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. 

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. 

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini. 

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

Sunday 21 April 2013

Senarai Calon Bertanding PRU13 di Parlimen Bagan Serai




P58 BAGAN SERAI
BN Dr Noor Azmi Ghazali
PKR Dr Muhd Nur Manuty
BEBAS Abdul Latiff Mas’Ud

N10 ALOR PONGSU
BN Datuk Sham Mat Sahat
PKR Rosli Ibrahim
BEBAS Shamsul Amir Ramli

N11 GUNONG SEMANGGOL
BN Zulkarnain Ismail
PAS Mohd Zawawi Abu Hassan
BEBAS Halidi Wahab

N12 SELINSING
BN Sharudin Ahmad
PAS Husin Din
Bagan Serai terletak di Negeri Perak. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, dan Selinsing.

Kedudukan dalam peta pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Ketinggian 436 meter dari aras laut.

Wakil rakyat
Kawasan Parlimen P 58 Bagan Serai (47,745)
Mengikut perangkaan SPR , peratus pengundi Melayu : 72.99%, Cina: 15.74%, India : 11.12% Lain: 0.15%
Dalam pilihan raya 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh: Tuan Hj. Mohsin Fadzli bin Hj. Samsuri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti sebanyak 3,413.
Dalam pilihan raya 2004, Datuk Zainal Abidin Zin dari Barisan Nasional - UMNO diisytiharkan menang menewaskan Tuan Guru Hj. Ahmad Awang dari parti PAS. Majoriti pengundi 5614 orang, jumlah undi 35066, undi rosak 982 dan % mengundi ialah 73.44 %.


Suasana Penamaan Calon Di Tanjung Malim PRU13







P77 TANJUNG MALIM
BN Datuk Seri Ong Ka Chuan
PKR Datin Paduka Dr Tan Yee Kew

N57 SUNGKAI
BN Goh Kim Swee
DAP Sivanesan Achalingam

N58 SLIM
BN Datuk Mohd Khushairi Abd Talib
BEBAS Datuk Mosses Ramiah
PAS Aminuddin Zulkipli

N59 BEHRANG
BN Datuk Rusnah Kassim
PKR Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab
BEBAS Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainuddin
BEBAS P S Naidu

Thursday 18 April 2013

Calon-calon PAS Perak


Pengisytiharan calon-calon Pilihanraya Umum 13 untuk Negeri Perak telah berlangsung malam tadi dengan ketiga parti bertanding mengumumkan kesemua nama di 59 kerusi DUN dan 24 kerusi. Al Hamdulillah ada sedikit sebanyak dalam pembahagian diselesaikan dengan 'muafakat yang baik'

PARLIMEN (PAS)

Gerik:
Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria  

Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib

DUN (PAS)
Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din
Titi Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol:
Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi
Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.

Tawaran Pakatan Rakyat





Tuesday 2 April 2013

PM Umum Parlimen Bubar 03 April 2012 atau 2013 ?



Betulkah bubar parlimen hari niiiiiii
kita ni berada pada tahun 2013 atau 2012 ?????

Dah setahun parlimen dibubarkan !!!!!

Pesanan presiden PAS kepada semua pengundi


Koleksi Gambar Yang Buat Najib Kalau Boleh Tak Nak Bubarkan Parlimen!!!!!!








Macam manalah Najib tak takut, gentar gementar, cuak menggigil satu badan nak bubarkan parlimen.

MIC cakap besar berdegar-degar kata sokongan kaum India sudah beralih ke BN semenjak Najib Razak menjadi PM dengan slogan 1M'sia ternyata satu pembohongan yang besar!!!!.

Kaum India dinegara ini bukan saja sudah mendakap perjuangan yang dibawa PAS/PR malahan sanggup jadi sukarelawan memasang bendera PAS disekitar kawasan perumahan yang didiami mereka.

Nampaknya fitnah dan tohmahan yang dijaja UMNO/MIC/BN mengenai hukum hudud langsung tidak ada kesan dan impak langsung.

Lagi difitnah dan ditomah, lebih ramai warga bukan Melayu/Islam menyokong PAS/PR.


sumber