Kisah Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Beliau Berumur 81 Tahun...
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau
merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil
perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan
Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5
perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah
seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah
Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan
Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.
Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di
kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif
menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi,
beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan
kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah
sahaja dari rumahnya.
Beliau
sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan
warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan
berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap
apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit
kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula
hanyalah
sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat
kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal
keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada tahun 2008,
Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai
Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah
itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah
sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun
2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan
disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan
Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan
Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau
(PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon
apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang
penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu
meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan
majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .
No comments:
Post a Comment