Sunday, 24 February 2013
Manifesto Pakatan Rakyat
Manifesto Pakatan Rakyat .
Berikut antara manifesto :
1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.
2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.
7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.
8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi
9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
Sunday, 17 February 2013
Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS
SUBANG JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub
menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan
terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
tanpa memahaminya terlebih dahulu.
Kata beliau, kenyataan Tuan
Guru Abdul Hadi bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR)
sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu perlu
ditelitikan kerana ia mempunyai maksud yang mendalam.
"Apa
yang diperkatakan oleh Ustaz Hadi semalam mempunyai maksud yang perlu
kita telitikan. Saya tegaskan jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba
mengambil kesempatan atas kenyataan tersebut tanpa memahaminya," jelas
beliau.
Salahuddin menjelaskannya ketika ditemui pada Majlis
Makan Malam Demi Rakyat PKR Cabang Kelana Jaya di sebuah hotel di sini,
malam ini
Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Rakyat tidak
menghormati Islam dan Melayu sebagai matlamat perjuangan negara selama
ini sudah pasti PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat sejak sekian
lama.
Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila ketiga-tiga
parti PAS, PKR dan DAP memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan sebagai agenda utama mereka.
"Jika Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu selama ini sudah parti PAS tidak bersama-sama Pakatan.
"Tetapi itu tidak berlaku, kerjasama semakin kukuh kerana kita memahami
apa yang telah diputuskan, apatah lagi ini semua terkandung dalam
perlembagaan," jelas beliau lagi.
Ahli Parlimen Kubang Kerian
memberitahu rakyat negara ini tidak kira apa jua kaum tidak perlu risau
dengan apa yang berlaku kerana konsep yang ada dalam Perlembagaan
Persekutuan sentiasa dihormati oleh semua parti di dalam Pakatan
Rakyat.
sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)